PENGENALAN:*-Kebolehan didalam mengklasifikasikan pergerakan asas dan kemudian menambahkan
elemen variasi adalah satu langkah ke tahap profesionalisme sesuatu kelas.
*-Koreagrafi yang kreatif boleh wujud daripada pergerakan asas yang mudah.
*-Kategori:
(a)Aerobik Impak Rendah.[Low Impact Aerobics].
(b)Aerobik Impak Tinggi.[High Impact Aerobics].
(c)Tiada Impat.[Non Impact AErobics].
(a)Aerobik Impak Rendah.-Didefinisikan sebagai:
-Pergerakan dimana satu kaki mesti berada dilantai.
-Pergerakan ini selalunya digunakan didalam fasa memanaskan badan,fasa kardiovaskular
dan fasa menyejukkan badan sesebuah kelas.
-4 Pergerakan asas impak rendah boleh dikategorikan sebagai:
[1]Touch Step.
[2]Step Touch.
[3]Lift Step.
[4]March.
(b)Aerobik Impak Tinggi.-Didefinisikan sebagai pergerakan dimana kedua-dua kaki meninggalkan lantai pada satu ketika.
-4 Pergerakan asasnya ialah:
[1]Jumping.
[2]Lift Jump/Hop.
[3]Step Jump/Hop.
[4]Jogging.
(c)Aerobik Tiada Impak.-Walaupun pergerakan ini sering digunakan dalam fasa kondisi otot,namun masih boleh
digunakan didalam fasa memanaskan badan dan menyejukkan badan.
-Pergerakan asasnya ialah:
[1]Lunge.
[2]Squat.
TERMINOLOGY:
-Istilah yang diberi kepada pergerakan kaki dan tangan.
-Terbahagi kepada 2 iaitu:
-Lower Body ( Pergerakan kaki).
-Upper Body ( Pergerakan tangan).
Lower Body ( Pergerakan kaki ).
-March.
-Heel Touch.
-Step Touch/Double Step Touch.
-Side Tap.
-Grapevine.
-V-Step.
-Knee Lift.
-Leg Curl.
-Toe Touch.
-Lunges.
-Squat.
-Jog.
-Jumping Jack.
-Ponny.
-Flick Kick.
-Shuffle.
-Mambo.
-Pivot.
Upper Body( Pegerakan Tangan ).
-Chest Press.
-Bicep Curl.
-Tricep Kickback.
-Overhead Press.
-Punch.
-Side Reach.
-Latinal Pull.
-Latinal Raise.
-Front Raise.
-Upright Row.
-Pecdec.
-Low Row.
-Arm Circle.
STRUCTOR MEMANASKAN BADAN:TUJUAN:
-Fasa memanaskan badan melindungi otot-otot dan sendi-dendi drp pergerakan yg terlalu banyak,atau terlalucepat dan seterusnya dapat mengelakkan kecederaan.
-Tujuan memanaskan badan ialah utk menyediakan badan utk pergerakan yg akan dilakukan seterusnya dalam senamam Senamrobik.
-Menyediakan badan secara Fisiology dgn menaikkan suhu badan,meregangkan otot-otot dan seterusnya akan menambahkan kelembutan.
KENAPA PERLU MEMANASKAN BADAN:
-Apabila melakukan pergerakan diatas otot-otot yg " belum bersedia " adalah salah satu sebab berlakunya kecederaan.
-Otot-otot yg akan bergerak dgn lebih apabila fasa memanaskan badan telah dilakukan.
-Contoh: Seperti enjin kereta,perlu di " Warmup" sebelum berjalan.
-Fasa pemanasan yg dilakukan secara beransur-ansur terutama dlm senaman yg baru dipelajari akan menolong otot-ototo menjadi lebih sedia terhadap aktiviti tersebut.
MEMANASKAN BADAN SECARA EFEKTIVE AKAN:
-Menambahkan perjalanan darah yg lebih ke otot-otot.
-Menambah kelembutan kpd otot-otot.
mempercepatkan sistem saraf dlm penghantaran mesej drp otak ke anggota badan.
-Melincirkan sendi-sendi.
-Menambahkan penumpuan yg lebih kpd akal ( mental alertness ).
-Menaikkan suhu badan.
PILIHAN MUZIK:
-Dengar dahulu muzik yg akan digunakan sebelum kelas bermula,pastikan muzik itu sesuai dan senang diikuti.
-Pilihan muzik mestilah sesuai utk jenis senaman yg dilakukan.
-Pilihan muzik yg memberi keseronokkan utk bersenam ( inspiring & motivating ).
-Pemilihan muzik yg baik dan efektif utk kelas senamam ialah :
130-138 bpm ( rentak seminit ).
-Masa 30-60 minit.
IMPAK: -Pergerakan impak rendah atau tiada impak digunakan semasa memanaskan badan.
POSISI REGANGAN: -Regangan ug menggunakan posisi dimana peserta terus turun lantai selepas memanaskan badan harus dielakkan kerana ini akan mengambil masa serta menurunkan tahap motivasi mereka.
-Gunakan posisi berdiri utk regangan secara maksimum.
-otot-otot yg besar mesti diregangkan sebelum memulakan fasa Kardiovaskular.
KESALAHAN DALAM RENANGAN( ALIGHMENT ERRORS ).
-Apabila melakukan reganggan,pastikan anda mendemonstrasikan teknik dgn betul.
-Kesalahan ini selalu berlaku dalam regangan.
-Dgn menjadi contoh yg baik,akan menimbulkan satu cara yg efektif dlm menyampaikan mesej tentang regangan itu.
KEPELBAGAIAN ( VARIETY ):-Utk mencapai satu fasa memanaskan badan yg menarik,adakan kepelbagaian dari segi pergerakan dan teknik mengajar.-Contoh pergerakan: Berjalan,Squatting,Step Touch dll.
-Teknik mangajar:- Linear Progression,Add-On.
-Tukar Arah:- ( Direction ).
-Tukar Formasi:- ( Formation ), seperti Bulatan ( Circle ) ,empat segi ( Square ) ,2 kumpulan menghadap ( 2 Sub groups facing each other ) dll.
-Pergerakan setempat atau bergerak.
TEKNIK MENGAJAR FASA MEMANASKAN BADAN:--Linear Progression.-Add-On.
-Link.
REGANGAN SELEPAS MEMANASKAN BADAN:--Latihan regangan boleh dilakukan semasa memanaskan badan @ selepas berakhirnya muzik.
-Regangan harus dilakukan selepas pemanasan badan peringkat pertama dimana suhu badan telah meningkat dan otot,sendi dan ligament sudah bersedia utk latihan Kardiovaskular atau bebanan yg akan datang.
-Meregang membantu mencegah kecederaan ketegangan otot-otot dan meningkatkan kelembutan.
-Regangan perlu dilakukan tanpa paksaan atau henjutan.
-Latihan ini dikategorikan kepada:-
[a] Statik:-
-Regangan statik baik terutama utk mereka yg baru bersenam kerana regangan ini membolehkan mereka tertumpu kpd keadaan posisi badan mereka ( Body posture & body aligment ).Regangan statik boleh dilakukan selama 10-30 saat tanpa henyutan.
[b] Dinamik:-
-Regangan dinamik merangkui pergerakan yg perlahan dan penguasaan disertai dgn pergerakan.
-Regangan statik dan dinamik boleh digabungkan bersama.pastikan tiada regangan dilakukan lebih drp 30 saat semasa memanaskan badan kerana ini akan mengendalakan kelebihan fizikal pergerakan lebih drp masa yg digalakkan.
-Semasa regangan,pemanasan badan lebih baik dilakukan dlm keadaan berdiri.Pastikan otot-otot diregangankan dan sesudah itu berulah beralih ke fasa Kardiovaskular senaman.
-Jangan lakukan fasa regangan berlebihan kerana akan menyebabkan kadar intensiti semasa pemanasan badan menurun.
TEKNIK MENGAJAR:-Cueing & Communication ( Teknik Arahan & Berkomunikasi dlm Senamrobik ).-Definisi:
-Kaedah menyampaikan arahan dan cara berkomunikasi kpd para peserta Senamrobik utk membentuk Kogeografi yg telah disusun.
-Sebelum anda mahir mengajar melalui memberi arahan ( Cueing ),anda mestilah mahir dlm pergerakan asas Senamrobik.
-Pergerakan asas Senamrobik anda mestilah menjadi pergerakan yg semulajadi dan terlatih.
-Sekiranya anda terlupa rutin anda ketika mengajar,ini adalah satu petunjuk yg anda menunjukkan anda perlu berlatih latih.
-Anda perlu latih pergerakan Senamrobik dan terminologi yg akan anda gunakan secara lisan ( Verbal Routine ).
-Pelbagaikan gerakan senaman anda dgn menghadiri bengkel atau kelas latihan Instruktor lain,menonton video Senamrobik dan lain-lain lagi.
-Anda perlu latih menggunakan suara anda dgn betul.( Voice Projection ).
-Mengajar bukan sahaja menggunakan arahan secara lisan tetapi juga cara anda berinteraksi dgn peserta.
-Sebagai panduan,anda perlu mempertuntukkan 30 % dari masa latihan anda bagi menentukan kandungan pengajaran anda ( Contohnya: pergerakan , Kombinasi , rutine ).
-Dan 70% lagi bagi menentukan bagaimana anda hendak menggajarnya ( contohnya,Cueing-Verbal / Nonverbal,Learning Curve,dll).
TYPES OF CUEING ( Jenis Arahan ).Verbal Cueing ( Arahan Lisan ):[1] Exercise Identifications-WHAT ( Apa ).
-Merujuk kpd pergerakan yg anda akan lakukan:
-Arahannya mesti Terang,Ringkas dan Konsisten.
-Contohnya:-Touch Step,Step Touch,Upright Row,Shoulder Press.
[2] Direction / Placement-WHERE ( Kemana ).
-Merujuk kpd arah pergerakan sama ada bergerak ke hadapan,ke belakang,ke sisi dan sebagainya.
[3] Countdown / Timing- WHEN ( Bila ).
-Merujuk kpd bila pergerakan itu akan dimulakan,ditukar atau hendak ditambah dgn menggunakan arahan mengikut Beat dan Timing di dlm muzik.
-Contohnya:- Four More....three...two....one...
[4] Quality / Technique - HOW ( Bagaimana ).
-Merujuk kpd bagaimana teknik pergerakan itu dilakukan dgn betul,selamat dan berkesan.
-Contohnya:- Soft Knees,higher,wider,push,pull,chest tall,stomatch in,dll.
Nonverbal / Visual ( Bukan Lisan ):
-Anda perlu menunjukkan arah dgn gerakan tangan bersama suara anda.Cara ini dapat membantu peserta yg mungkin tidak mendengar atau memahami percakapan anda.
-Cara ini lebih berkesan dan dapat menjimatkan masa anda.
[1]Signs / Symbols.
-Biasanya menunjukkan ke arah pergerakan,intensiti,ulangan pergerakan,bila hendak ditukar dan kombinasi pergerakan.
[2]Facial Expensions ( Mimik Muka ).
-Tunjukkan expresi muka yg yakin dgn memandang para peserta ( eye contact ), senyuman,ceria dan berwibawa.
[3] Muzik:
-Mengandungi arahan tertentu dlm irama,blok,fasa dan komposisi senikata.
-Muzik dapat membantu dlm pembangunan keseronokan para peserta.
[4] Exercise Selection & Progresssion ( Pemilihan & Ansur Maju ).
-Mestilah yg mudah difahami dan mengandungi transisi pergerakan senamrobik yg logik.
[5] Body Language ( Bahasa badan ).
-gunakan pemnayang Visual,Postur badan yg seimbang dan posisi yg betul.
[6] Visual Preview.
-Gunakan sistem holding pattern dan tunjukkan gerakan yg hendak diajar.
-Setelah itu arahan para peserta menikuti gerakan tersebut.
ELEMENTS OF EFECTIVE CUEING:-( Cara Arahan yg Berkesan ).-Pertama,arahan itu mestilah mudah difahami dan selalu digunakan ( consistent ).-Direct & To-The-Point.Peserta mestilah berkebolehan mengikuti,memahami dan seterusnya melakukan pergerakan tersebut dgn berkeyakinan supaya kelas itu berjaya.
-Well Timed.Jurulatih perlu memberitahu dahulu para peserta sebelum melakukan sebarang pertukaran pergerakan dgn memahami muzik,adalah mudah bagi anda menggunakan terminologi dan simbol pergerakan yg akan digunakan.
-Contohnya:- mengguanakan kiraaan Four more 3,2,1.
-Pergerakan anda mestilah jelas kpd para peserta mengambil kira dimana anda berdiri,posisi badan anda,meghadap hadapan,belakang dan sebagainya.
VOICE PROJECTION:-Suara anda mestilah jelas dan terang.-Jaga tone dan pic anda.
-Jangan menjerit atau terlalu banyak cakap.
KOREOGRAFI DALAM SENAMROBIK:Definasi:-Seni merancang dan menyusun pergerakan bagi membina sebuah karya dlm senaman.
-Walaupun koreografi senaman meningkat dari segi populariti sejak kebelakangan ini tetapi konsep ini masih ditakuti oleh pada instruktor.
-Ketekutan ini dapat diatasi dgn mengaplikasikan sistem pengajaran ( Learning Curve ).
LEARNING CURVE:( Sistem Ansur Maju & Teknik Pengajaran ).-Definasi:
-Sistem Dan teknik pengajaran yg dapat membantu instruktor menyusun program pengajaran senamrobik dgn mudah dan berkesan.
-Ia juga membantu peserta memahirkan susunan/kombinasi pergerakan bagi memaksimakan keberkesanan dan keseronokkan kelas itu.
MENGENALPASTI GERAK ASAS SENAMROBIK & ISTILAHNYA:( Terminology ).-Pergerakan senamrobik adalah binaan asas bagi setiap program.
-Keupayaan mempelbagaikan gerakan itu adalah langkah awal ke arah kelas yg professional.
-Bagi mengklafikasikan gerakan ke dalam kategori sesuai,gerakan itu perlu dipecahkan ke unsur asasnya.
MENGENALPASTI GERAK ASAS SENAMROBIK & ISTILAHNYA:( Terminologinya):-Pergerakan Impak Rendah & Terminologinya.
-Ia adalah pergerakan dimana satu kaki bersentuhan dgn lantai pada setiap masa.
Pergerakan asas Impak Rendah.[1] Step Touch.
[2] Touch Step.
[3] Lift Steps.
[4] March.
Pergerakan Asas Impak Tinggi & Terminologi.(Pergerakan senamrobik yg mempunyai fasa dimana kedua-dua kaki tidak bersentuh dgn lantai pada satu masa ataupun berbentuk lompatan.-4 Contoh Pergerakan Impak Tinggi:
[1] Jumping.
[2] Jogging.
[3] Lift Step.
[4] Hopping.
Pergerakan Asas Tiada Impak & Terminologi.-Pergerakan senamrobik yg dilakukan dgn kedua-dua kaki bersentuhan dgn lantai.-3 Contoh Pergerakan Asas Tiada Impak:
[1] Lunge.
[2] Squat.
[3] Squat Press.
LINEAR PROGRESSION:(Sistem Ansur Maju & Pengajaran Sehala).-Sistem ini ialah siri pergerakan yg bersambung secara langsung dan tidak berulang.
-Sistem ini biasanya digunakan ketika fasa memanaskan badan dan diantara kombinasi ketika fasa Kardiovaskular.
ADD-ON METHOD:( Sistem Ansur Maju & Kaedah Penambahan ).
-Ia adalah diistilahkan sebagai kaedah memori atau building block.
-Ia adalah kaedah lain mengajar pergerakan senamrobik dari sedikit menjadi banyak dgn menambahkan satu elemen pergerakan sahaja pada satu masa dan seterusnya.
LINK METHOD:( Sistem ansur Maju & Kaedah Berangkai ).-Dalam kaedah ini,pergerakan A dan B diajar dan dirangkai bersama dlm kombinasi gerakan berkembar.
-Ini diturut lakukan bagi pergerkan C dan D dan akhirnya ( A + B ) dan ( C + D ) disambungkan bagi membangunkan kombinasi empat pergerakan.
HOLDONG PATTERN:( Sistem Ansur Maju & Tukar Ganti ).-Pergerakan senamrobik yg diajar dlm satu kombinasi dan ianya ditukar ganti utk memudahkan transisi dari pergerakan yg mudah kpd pergerakan yg lebih kompleks.
KESIMPULAN:-Bagi menambahkan kepelbagaian dan keseronokan kpd program senamrobik anda , carilah idea yg terkini,terbaik,termudah,tersenang dan gunakanlah sistem-sistem diatas utk memudahkan cara pengajaran anda.
MUZIK DALAM SENAMROBIK:-Muzik dibentuk oleh beberapa siri susunan Beat dlm corak Irama yg sekata.
-Beat dlm muzik boleh dibandingkan dgn perkataan didalam percakapan / bahasa.
-Kita boleh mengenal pasti Beat.
-Mencantumkan Beat seperti mencantumkan Bait-Bait utk membentuk ayat.
-Manakala mencantumkan sekumpulan Beat adalah seperti membina rangkap.
MUZIK:[1] Beat:
-Seperti Perkataan dlm lagu.
-Bunyi denyutan muzik yg berulang kali.
[2] Phrase:
-Seperti Ayat dlm satu baris lagu.
-Satu denyutan yg jelas akan menentukan permulaan Phrase.
-Phrase ini mempunyai 8 denyutan / Beat.
[3] Block:
-Seperti Rangkap dlm lagu.
-Satu Block mempunyai 4 Phrase.
-Satu Block Mempunyai 32 denyutan / Beat.
MUZIK:-Memahami konsep Block adalah asas dlm mebina instructor senamrobik yg berjaya.-Ianya merupakan asas yg kukuh dlm melahirkan instrucktor yg kreatif.
PANDUAN ASAS:-Dengar denyutan / Beat yg paling kuat.-Denyutan yg paling kuay adalah permulaan suatu ayat.
-Perubahan dlm rentak muzik adalah penghujung suatu ayat.
-Berjaya-jaya dgn BRIDGE yg boleh terdapat dlm muzik.
BRIDGE:-Pengecualian dlm peraturan muzik di atas.
-Bridge berlaku bila mana-mana kumpulan denyutan Beat tidak memcukupi satu Block yg mempunyai 32 denyutan / Beat.
-Bridge lazimnya memberikan satu kejutan muzikal.
-Bridge yg lazimnya terdapat dlm muzik adalah meliputi 2 Beat , 4 Beat , 8 Beat dan 16 Beat.
-Bridge lazimnya berlaku selepas korus ataupun dlm lagu-lagu instrumental.
PEMILIHAN MUZIK:-Pemilihan muzik adalah amat penting dlm menentukan kejayan instructor itu mengendalikan satu sesi senamrobik.Kejayaan peserta utk mengikuti keseluruhan sesi senamrobik tersebut,serta mematuhi segala aspek keselamatn yg perlu.-Pemilihan muzik juga boleh berpandukan pada kemahuan dan citarasa peserta.
-Kepelbagaian rentak muzik menghasilkan sesi senamrobik yg seronok dan ceria.
Akan sambung kemudian-to be continue...............