Sunday, July 14, 2013

Hei......

Hari ini ialah 14 Julai 2013 , nampaknya dah lama juga saya telah menjadi seorang Instructor Mass Aerobik yang agak popular disekitar Seberang Utara dan Tengah.Khasnya TM Penang dan kawasan Penaga dan Kepala Batas.Walaupun saya bukan seorang Instructor yang sangat terkemuka , tetapi saya mengdapati bahawa kelas saya dapat membawa kesihatan fizikal yang agak baik kepada ramai orang yang pernah menyertai kelas senamrobik saya.Sebenarnya saya hanya mengajar apa yang patut dan terbaik , samada anda dapat impact yang sempurna  atau tidak itu terpulang kepada diri anda sendiri . Sekiranya anda betul-betul mengambil perhatian dan mengikut semua cara yabg saya ajar , saya pasti anda akan menjadi seorang manusia yang sihat dan cergas.Saya akan sentiasa memastikan orang yang datang kekelas saya dapat mengikuti atau mempelajari apa yang saya ajar .

Selamat Berpuasa:

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa khasnya kepada semua peserta-peserta PSCC saya serta semua orang yang beragama Islam.

Senamrobik Pada Bulan Puasa

Untuk matlumat semua peserta-peserta senamrobik yang telah atau pernah menghadiri sessi senamrobik saya pada hari Sabtu Dan Ahad di Wisma UMNO Kepala Batas:

Kelas akan diadakan seperti biasa walaupun dalam Bulan Puasa kerana ramai peserta-peserta yang bukan beragama Islam juga terlibat.Sekian terima kasih.

Masalah Blok:

Saya memohon ribuan maaf kerana agak lama tak masuk blok Kennypscc sebab masalah login........