




Saya telah banyak memberi pandangan peribadi saya dihampir kesemua Blog yang ada artikel mengenai Pengharaman Tarian Poco-Poco.
Didalam Blog saya ini juga,saya sekali lagi inggin memberi penyelasan sekali lagi.
01-Penulis tersebut menyatakan bahawa tarian Poco-Poco berasal daripada Filipina.Dan ia adalah satu tarian untuk penganut-penganut ugama Kristian untuk penyembahan Tuhan kerana ia berbentuk Salib.Komen saya ialah,dimanakah bukti kukuh menggatakan tarian poco-poco berasal daripada Filipina kerana sudah terdapat banyak bukti yg kukuh menggatakan ia berasal daripada Indonesia.Dan tidak ada bukti menunjukkan bahawa ia adalah satu tarian keagamaan untuk orang-orang kritian,dan untuk matlumat,tarian memusing empat penjuru seakan-akan berbentuk Salib adalah secara kebetulan sahaja kerana terdapat banyak jenis tarian lain dan senaman yg juga ada masa akan memutar atau memusing empat penjuru.
02-Ada pembaca yang membuat komen bahawa adalah tidak elok untuk kaum wanita terutamanya wanita islam untuk membuat poco-poco dikalayak ramai kerana tidak elok dipandan,tambahan pula ada bercampur lelaki dan perempuan islam dengan bukan islam.Komen saya ialah,kalan anda hanya menonton video orang membuat poco-poco,maka kalaulah anda lihat si Inul ( menari poco-poco ) maka tentu ramai orang kata ia tidak elok bila tarian poco-poco diadakan di tempat kita,kerana beliau buat gaya tarian yang banyak Goyang Indon( Goyang Punggung).Akan tetapi,ditempat kita,hampir 100% bukan macam itu,mereka hanya gunakan lagu asal Poco-Poco atau yang biasa sahaja dengan bercampur dengan langkah-langkah atau step senamrobik,dan mereka hanya berpakaian Track Suit biasa dengan kasut sukan.Ini adalah satu senam aerobik yang biasa.Jadi tak ada masalah walaupun ia dibuat dikawasan terbuka.Dan dengan campuran lelaki dan perempuan,itu terpulang kepada Instructur yg mengaturkannya,selalunya mereka akan asingkan sedikit antara ruang lelaki dan perempuan,yang penting yang datang buat senaman itu niatnya hanya untuk bersenam untuk kesihatan. Kan Kita ini 1 Malaysia.
03-Ada juga yang mengatakan senaman poco-poco tidak berkesan langsung kerana gerakannya tidak dapat mengeluarkan peluh yang banyak.Komen saya ialah,kalau anda membuat poco-poco dengan menggunakan pergerakkan kaki sahaja,dan tidak menggunakan pergerakan tangan bersama,maka kesannya pasti tidak begitu baik dan berpeluh.Dan kalau anda buat dengan tangan dan kaki serentak dan dengan lagu yang biasa dengan masa yang lebih panjang,iaitu lebih daripada 30 minit,maka kesannya akan jadi baik.Tambahan pula kalau instrutor tersebut menggunakan musik yang lebih laju dan berterusan,tentu sekali kesannya amat baik sekali. Kalau nak lagi berkesan,gunakan lagu yang rentaknya lebih laju.
04-Akhir kata daripada saya iaitu,sekiranya anda nak buat apa-apa pendapat atau komen,pastikan ia mempunyai bukti yang kukuh,dan kalau ada berkaitan dengan mana-mana Agama,lebih baik ia dimajukan kepada pihak yang tertentu seperti kes poco-poco itu,biarlah pihak Jabatan Agama Islam membuat kajian terliti,dan biarlah kata-kata putus itu datang daripada pihak yang tertentu atau berkenaan.Janganlah kita hanya buat ANDAIAN,tambahan pula masukkan artikel itu dalam Internet,ini akan menjadi satu isu yang mana akan mendatangkan macam-macam masaalah,kalau baik tu tak apalah,kalau tak baik dan tak benar,apakah akibatnya?
05-Bagi saya,saya tak kata yang ini betul,yang itu salah,yang ini haram,yang itu halal,selagi saya sendiri pun tak yakin dengan apa yang saya tulis atau cakap.Tambahan pula tak ada bukti yang kukuh,tak ada perbincangan dibuat sebelum mangambil tindakan untuk siarkan di Internet.
06-Walau bagaimanapun sekiranya ia ada bukti yang kukuh katakan tarian poco-poco itu HARAM oleh pihak yang tertentu,itupun mesti ada kenyataan dan bukti yang kukuh,saya barulah boleh terima hakikat yang katakan tarian poco-poco itu HARAM disegi agama Islam.
07-Saya alualukan sesiapa sahaja buat komennya dalam blog saya ini mengenai isu tersebut,dan sekiranya kenyataan saya tersebut menyinggung perasaan mana-mana pihak,saya memohon maaf dan ampun,bukan apa,ini adalah untuk kebaikan peminat-peminat poco-poco.
KISAH BENAR POCO-POCO:
Sejarah poco-poco bermula di Indonesia apabila Arie Sapulette, seniman kelahiran Ambon, Indonesia, mendapat inspirasi menghasilkan lagu poco-poco daripada seorang gadis gempal yang lincah menari di satu pesta. Dek kerana terlalu seronok melihat kelincahan gadis gempal tersebut menari hingga terkeluar perkataan poco-poco dari mulut Arie. Sejak itu, tarian yang mengikut rentak gendang itu dinamakan poco-poco, perkataan yang dipercayai berasal daripada bahasa Manado. Setelah Arie berpindah ke Jakarta tahun 1995, lagunya telah dinyanyikan oleh penyanyi terkenal di Indonesia, Yopie Latul dan bermula dari situ rentak tari poco-poco semakin popular di Indonesia hinggalah menular ke seluruh nusantara.
KISAH BENAR POCO-POCO LAGI:
Tarian poco-poco merupakan sebuah tarian mudah yang berasal daripada Indonesia yang boleh ditarikan oleh semua golongan tanpa mengira usia. Tarian ini tidak memerlukan kemahiran yang tinggi, cukup jika hanya ada seorang sahaja yang mengetahui gerakkan asasnya dan seterusnya boleh diikuti oleh yang lain.Peserta tarian ini perlu berada dalam barisan yang teratur agar gerak tari kelihatan lebih seragam dan menarik mengikut rentak muzik yang sedikit rancak. Dua langkah kecil ke kanan, kembali ke tempat, lalu undur satu atau dua langkah ke belakang, kemudian maju ke depan sambil memusingkan badan. Begitu seterusnya gerakan itu diulang-ulang sehingga anda selesai memusingkan badan ke empat penjuru lalu kembali ke tempat asal semula. Rentak lagu memainkan peranan untuk menambahkan keseronokkan dalam tarian ini.
Di Malaysia, poco-poco biasanya ditarikan sewaktu diadakan senaman erobik kerana tarian ini memerlukan banyak pergerakkan kaki, tangan dan tubuh badan. Anda juga boleh melakukan tarian ini bersama keluarga di rumah atau bersama rakan sekerja di pejabat. Disamping dapat menyihatkan badan, tarian ini juga dapat mengurangkan tekanan. Jom poco-poco!
LIRIK LAGU POCO-POCO YANG ASAL:
Balenggang pata-pata
Ngana pe goyang pica-pica
Ngana pe bodi poco-poco
Cuma ngana yang kita cinta
Cuma ngana yang kita sayang
Cuma ngana suka biking pusing
Ngana bilang Kita na sayang
Rasa hati ini malayang Jau… uh… ci ya … ci ya
Biar kita ngana pe bayang
Biar na biking layang-layang
Cuma ngana yang kita sayang
LANGKAH TARIAN POCO-POCO:
01-Bergerak ke kanan dua langkah..Bergerak semula ke kiri dua langkah
02-Bergerak ke belakang dua langkah..Bergerak ke hadapan dua langkah
03-Pusing melawan jam(Anti Clockwise).
04-Ulang semula langkah 01 hingga 03.
05-Pastikan kesemua pergerakan dimulakan dengan kaki kanan..
06-Dan banyak lagi step-step atau langkah-langkah yang ada.
Pendapat Yang Baik Untuk Poco-Poco:
razy says:
October 9th, 2009 at 12:32 pm
Salam..Asas pengharaman biasa diletakkan pada dalil dan nas yang kukuh dan nas yang kukuh biasanya terletak pada isu akidah…Dalam hal ini isu akidah cuba diketengahkan dan saya cuba memberikan pendapat saya
Bagi menjawab persoalan syirik, syirik ialah menduakan Allah. Dalam tarian poco2, tiada iktikad atau niat atau perbuatan yang jelas(seperti membuat cross di dada) yang menyatakan bahawa seseorang itu boleh syirik.
Malahan pada saya harus menari tarian ini kerana tarian ini cara menarik bagi menggalakkan semua orang pada setiap golongan untuk bersenam….Berlainan dengan yoga yang mana ritual yoga itu sendiri mempunyai pendekatan berbentuk ketuhanan, yang mana yg ini baru dikatakan berkait dgn akidah.
Menjawab persoalan ini, saya menjawab persoalan yg dicetuskan dgn beberapa qias. menjawab persoalan tarian itu digunakan semasa sembahyang org kristian, adakah penulis pasti bahawa tarian itu adalah cara mereka sembahyang? Atau tarian itu cuma seperti choir yang mencukupkan masa mereka di gereja? Jika demikian, saya ingin mengambil qias lilin di gereja…lilin popular digunakan di gereja, dan lampu tinggi(yg tergantung pada ceiling) juga dimulakan di gereja..Tetapi lilin dan lampu gantung digunakan secara meluas oleh orang Islam dan di masjid2,mengapa? Kerana tiada unsur akidah atau ibadah atau akhlak yang terlibat dengan penggunaan lilin, malah ia juga memberi faedah dan kebaikan kepada manusia. Jadi begitulah pendapat saya ttg poco2.kalau persoalan agama seperti ini timbul, saya rase penggunaan huruf T(cross) adalah lebih menyentuh isu akidah, dan bukan isu yg boleh dirungkai seperti ini. Jika kerana step itu ia haram, maka step itu boleh diubah..
Dalam isu ini saya mengambil qias dalam isu muzik..Pada zaman jahiliah muzik merupakan satu medium yang membawa kepada kelalaian.Namun setelah Islam, Rasulullah tidak pula mencantas org2 Ansar untuk berhibur kerana Rasulullah tahu mereka suka berhibur dan Rasulullah merai’kan hiburan dengan mengubah cara hiburan itu sendiri..
Jika hiburan yg dapat membawa kebaikan itu boleh dirai dgn cuma mengubah bentuknya, saya rasa poco2 lebih mendatangkan banyak kebaikan kerana ia satu senaman, dan ia boleh diubah cara perlaksanaannya..
Ini berbeza dgn yoga kerana yoga adalah ibarat satu ritual…Wallahua’lam
Saya bukan ingin membela poco2 cuma saya sedih kenapa kita terlalu mudah men”syrikkan” org lain sedangkan kita masih belum cukup ilmu ttg sesuatu…
dan haram kepada sesiapa yang bercakap menegakkan suatu hujah tanpa dia punya ilmu ttgnya.Wallahua’lam
orang biasa says:
September 3, 2009 at 3:12 pm
Sebenarnya adalah sukar untuk menyatakan sesuatu itu salah atau tidak. Kalau semua kita katakan dari ugama lain ianya tidak betul. Cuba lihat…dlaam rumah kita sendiri terdapat bentuk salib kalau orang buat bumbung atap…apakah itu salib?..sebenarnya tidak ianya merupakan kekuatan sesuatu unsur dalam pembinaan. Kalau kita mengira tanda campur (+) adalah seperti tanda awal salib? salah kah ianya digunakan. Jawapannya tidak. ianya merupakan unsur pengiraan. Jadi jangan lah menyatakan sesuatu lambang seperti salib terus kepada salib… cuba cari dalam rumah kita…berapa banyak bentuk salib yang ada….cuba lehat kaki kerusi..kaki meja….bawah meja…bilik air dan macam2 bentuk dalam rumah….cba lihat kita menconteng muka kita dengan bedak?..adakah ianya asalnaya dari kita….kita memakan makanan berempah..apakah ianya asal usul dari keturunan kita menggunakan makanan ini atau dari orang lain. Cuba kita makan tomyam….adakah tomyam itu makanan kita atau dari negeri orang lain yang berketurunan apa….cuba kita menggunakan kereta…dalam kenderaan kereta adatak rangka berbentuk salib…..
Sebenarnya kita kena lihat dari pelbagai sudut….sudut kesihatan ..apa kebaikkannya… sudut pergaulan….sudut agama…sudut kebudayaan,….sudut ilmiah….sudut rohani…..semua ini penting….jangan kata yang memakai tudung dan songkok itu orang melayu islam..sedangkan kalau ke Filipina, China dan Indonesia ..ramai yang bertudung dan dan bersongkok tetapi bukan beragama islam…sapa dulu pakai tudung atau songkok….???????
100plus Reply:October 2nd, 2009 at 7:34 pm
Ermmm… Lihat Diri sendiri Dulu, lepas tu nilai diri tu dah cukup ke pengetahuan agama? Jgn hanya sepatah dua kerat jer yang tahu lepas tu nak gah bercakap pasal agama….itu tk boleh ini tk boleh.. kalau statement diatas tu lahir dari diri pengarang coba fikir ditempat mana nak lepas geram sbb tk suka tarian poco-poco, saya bukan penggemar poco poco tp, secara logik ia hanya lah tarian…adakah jika kamu menari, sejam kemudian kamu akan berubah menjadi orang lain???? atau pun bertukar menjadi meja atau kerusi…..persoalan ya pengarang bangkitkan cuma satu jer tentang barisan berbentuk CROSS kan..so kalau tk suka barisan bentuk cross buat bentuk lain…FIkir dulu sebelum bercakap…pegangan mana mana agama ada dalam diri masing masing..bukan nya hanya pandai menyebut nama tuhan tp tidak menunaikan amalan untuknya……So nasihat saya, cukupkan pengetahuan anda!! sebelum nak ajar orang lain!@1 malaysia,
shah says:
September 27, 2009 at 4:00 pm
aku bukan nak kondem..tapi aku rasa patut haramkan sekali budak2 main teng2..sebab macam tanda salib.. :))
artikel ni hujah n dalilnya tak cukup kuat..lebih kepada pendapat peribadi semata2..tarian poco2 yg memulakan step dgn langkah kiri di katakan unsur2 syirik?minta maap la, aku tak dapat terima hujah dangkal macam ni..nak masuk jamban pun kena langkah kaki kiri..
aku bukan peminat setia tarian poco2..tapi setahu aku, ni aktiviti senaman semata2..bagi aku takde masalah asalkan tak melanggar hukum syarak..tak bebas bercampur laki n pompuan..
isu ni lebih kepada paranoia org Islam..asal ada perbuatan/pergerakkan atau benda yg berunsur tanda salib terus fobia tak tentu pasal..terus jatuh hukum syirik dan kafir..sumber artikel ni tak di ketahui, penulisnya tidak bertanggungjawab..tulisannya tiada kajian mendalam, hanya pendapat penulis..yg menguatkan artikel ni hanya cemuhan penulis semata2..
niat penulis mungkin baik, itu aku hargai..tapi tulis la satu artikel yg mantap, penuh dgn kajian mendalam n berasas, dan dipandukan dgn quran dan sunnah yg kena pada tempatnya..artikel yg cerdik mampu mengajak org ramai berfikir dgn mendalam..tanpa perlu memaksa org ramai mengikut citarasa n pendapat penulis..
aku bukan apa, bosan dgn muslim yg fobia tak tentu pasal..isu2 yg besar tutup mata, yg remeh temeh di berat2 kan..
bab remeh temeh mcm ni muslim memang selalu jadi johan..lagi baik fikir macam mana nak tegakkan semula negara khilafah..macam mana nak penuhkan semula masjid2..macam mana nak tolong saudara muslim yg tertindas dan di zalimi oleh musuh2 Islam di seluruh dunia.. apa cukupkah setakat menderma?macam mana nak ajak seluruh umat Islam ikut sunnah nabi?macam mana nak tegakkan semula Islamic Golden Age seperti zaman kekhalifahan dulu..
minta maaf jika ada terkasar bahasa.. wassalam..
By Vicky Laurentina on Aug 30, 2009 Reply
Salam! Saya dari Indonesia. Poco-poco adalah tarian yang populer di negara saya. Saya malah tidak mengira poco-poco itu berasal dari negara saya. Saya malah menyangka poco-poco itu berasal dari Malaysia, karena musiknya a la Melayu.
Di negara saya, poco-poco ditarikan di acara-acara pernikahan, arisan, bahkan pesta kantor. Mana kami tahu bahwa arah gerakan tarian itu bertentangan dengan ajaran Islam? Di negara kami, poco-poco hanya berfungsi sebagai tarian pergaulan.
Mungkin kita mesti mencari tarian lain selain poco-poco. Disko, mungkin? Atau tari perut, barangkali?
Ah, sudahlah, lebih baik kita tidak usah menari-nari sekalian. Makan-makan saja, yuk?
By Fara on Sep 11, 2009 Reply
Salam,
Bila ada dakwaan mcm ni, kita jgn cepat melatah. lagpun kita xtau siapa yg dakwa poco2 tu berasal dari filipina dan tarian berbentuk salib dsb. jika betul, apa buktinya? mungkin yg mendakwa ialah org2 yg tidak suka menari. jika demikian, jgnlah sehingga memfitnah tarian ni sehingga org lain terhalang drp menikmatinya (x kira utk seronok atau bersenam).
Lagu poco2 dicipta oleh seorang warga Indonesia, diilhamkan semasa beliau melihat seorang gadis montel menari di sebuah keramaian.
Setahu sy yg pernah menarikan poco2, tarian tu x berbentuk salib seperti yg didakwa sebab, penari akan balik ke kedudukan asal sblm dia mulakan tarian. jadi ianya lebih berbentuk empat segi drp bentuk salib.
kesimpulannya, kita jgn cepat percaya chain email/ khabar angin yg tidak diketahui asalnya. silap2 jadi mcm yoga… haram mcm tu aje. padahal, yoga adalah senaman selagi tidak dicampur adukkan dgn mantera Hindu. kan menyusahkan umat Islam sendiri?
Penjelasan dan Komen daripada seorang jurulatih tarian Poco-Poco —————————————————————- Sesuatu yang menarik untuk diperhalusi, secara jujur sebagai Jurulatih Poco-poco(kini saya turut mengadakan latihan di hotel2 atau kumpulan dengan bayaran berpatutan) berpandangan berbeza. Sesuatu aktiviti yang boleh membantu mempercepatkan kardovaskular serta senaman ringan wajar dikaji semula. Poco-poco yang didakwa berasal dari Filipina juga perlu dikaji kerana ’street dancer’ merupakan nama lain pada poco-poco dan street dancer memang berasal dari Barat yang bentuknya hampir sama dengan poco-poco. Huraian perlulah tepat kerana pergerakan poco-poco bukan hanya berteraskan seperti salib kerana banyak lagi bentuk sama ada individu atau berpasangan yang tidak disentuh. Tiada mentera atau bacaan tertentu dalam poco-poco berbanding yoga. Kemungkinan kita boleh kreatif dengan mempelbagaikan gerakan poco-poco dari menafikan ia adalah aktiviti aerobik yang berkesan yang diperkenalkan oleh ATM. Memang wajar kita sendiri mencipta aktiviti yang lebih berfaedah dari memandang sudut yang negatif seperti tarian lain yang kontemporari ataupun moden. sekarang nie tengah menghalusi shaffer plak.. wallahua`lam.
lah...poco2 tu 1 bentuk senaman dan berlagu...sekarang ni,di PLKN,sekolah2 dan universiti jika ada aktiviti pagi,poco2 ni macam wajib...aerobik pun tak buat sangat dah...kita gantikan dengan poco2 sebab ia lebih menarik...dengan lagunya yang rancak dan pergerakan yang mudah diikuti,disamping kesannya yang hampir sama dengan buat senaman lain,ia dikira satu pilihan yang baik...setahu saya,poco2 langkah pertama kaki kanan,gerak ke kanan 2 tapak dahulu,baru ke kiri 2 tapak...dan seterusnya begitu...ia berpusing mulai depan,kiri,belakang dan kanan dan ke depan semula...membentuk bulat...(gerak ni eh namapak salibnya)jadi memandang semua arah...jadi tak la bosan senaman menghadap depan saja...pendekatan begini yang buat semua warga dari kecik sampai veteran nak amalakn senaman...kalau tak,tak da sapa kisah dengan senaman ni...cuma yang concern saja...pergerekan dia pun banyak jenis...72 steps kalau tak salah la...di malaysia ni yang terkenal cuma dalam 6 jenis gerakan saja...entah ler...ni pendapat saya yang tak berapa banyak ilmu ni...kalau perkara tu,lebih bayak baik dari buruknya,lagi pulak niatnya tak da yang tak kena,kesannya pun tak da buruknya,tak apa la...sebab poco-poco ni kesnya lain kalau nak banding black metal,shuffle,street dance dan hip hop tu....sebab ini cuma senaman mesra rakyat...semua warga pun buat...bukan suatu amalan yang cuma golongan tertentu ja ikut...pandangan saya sahaja...cuba la kemukakan pada pihak berwajib,biar jelas hukumnya macam kes yoga....mana la tahu kot2 memang tak boleh juga kan...sebab ni senaman yang paling best nak amal...dah jelas tak boleh,baru tinggal...
Tiputapibenar says:August 26th, 2009 at 11:59 am
Tak tentu halal haram, dan buat keputusan membuta tuli.Sama la macam kes minyak wangi beralkahol, ramai jadi pak turut mengikut je tak pakai minyak wangi yang ada alkahol, padahal ianya dibolehkan. JAKIM dah siap bagi keterangan.http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/be3fb58b35f68a150025736b00163a5e?OpenDocument
Sekarang keluar lagi isu yang seakan2 serupa.
Orang Melayu kita suka jadi pak turut, dan informasi kalau boleh semua nak disuap. Kenapa tak proaktif untuk cari maklumat dahulu?
It’s just a dance la.
Buat penyelidikan dahulu…. baru buat keputusan, bukan orang lain yang sesuka hati buat keputudan untuk kita.
http://en.wikipedia.org/wiki/Line_dance
WanWma Said: August 28th, 2009 at 1:13 pm
Kalau nak kata ia membentuk salib dan sebab itu ia haram, pandangan ini tak kukuh langsung! Ada banyak lagi tarian lain, silat pun langkahnya lebih kurang sama iaitu 4 penjuru. kanan kiri depan dan belakang. Ia mungkin hanya kebetulan…
Menghalalkan perkara yang haram dosa besar hukumnya. Mengharamkan benda yang halal pun haram hukumnya. Kita bukanlah orang yang berhak menjatuhkan hukum. Jika tau akan propaganda yang dilancarkan oleh orang kafir untuk merosakkan kita, maklumkan kepada majlis bekernaan untuk ditetapkan hukum. Jangan jatuhkan hukum sendiri pengikut pandangan kita sahaja. Ia perlu dikaji dan disiasat.
Namun, sesuatu yang tiada kepastian akan hukumnya akan jatuh sebagai ‘gharar’ iaitu tiada ketentuan. Dan ‘gharar’ hukumnya adalah haram! Sama juga sesuatu yang kita was-was, walaupun sesuatu itu halal pada dasarnya, tapi kerana kita was-was, maka ia haram buat kita. Tidak untuk orang lain.
Saya tidak menyokong tarian Poco-poco atau sebarang tarian lain. Kerana ia mengundang kelalaian, apatah lagi dengan tarian oleh wanita-wanita yang begitu menggoda. Ini jelas haram hukumnya. Tidak perlukan dalil lagi melainkan tarian itu hanya dilakukan dirumah, atau berasingan lelaki dan wanita.
Namun, untuk menjatuhkan hukum tarian Poco-poco adalah haram secara total bukanlah hak saya atau hak anda. Sekadar email yang tiada bukti sahih, bagaimana kita boleh percaya? Pun begitu, apabila kenyataan itu dikeluarkan, kita perlu berhenti melakukannya kerana ia mula menjadi sesuatu yang tiada kepastiannya. Apa yang boleh kita buat ialah menunggu penetapan dari Majlis Fatwa Kebangsaan!
Diela says:
September 2nd, 2009 at 8:51 am
Salam buat smua saudara… hmmm.. isu yang dibangkitkan sangat menarik perhatian… Saya sendiri smalam menyaksikan tarian poco2 ni diadakan.. tapi ini saya nak bagi satu pendapat yg datang dari saya secara ikhlas bukan secara paksaan.. jika ia bersudut baik maka baiklah untuk pengajaran dan pengetahuan kita smua.. apa2 pun yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang baik serta daif itu datang dari pemikiran saye sendiri yang kurang arif tentang hukum Halal Haram sesuatu perkara
Berbalik kepada isu POCO2… sebanarnye kalo kite pandang dari sudut kesihatan maka ia jadi satu senaman.. kalo kita pandang dari sudut spiritual dan keagamaan maka jadi lah ia sebagai satu agama.. Perkara berkaitan “apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu” saya rase kurang tepat dengan poco2.. Kalo kita nak ambil pendekatan sebegini kite harus mulakan dari smua sudut.. termasuk penggunaan huruf ‘t’ dalam penulisan kite seharian yang terang2 dan jelas melambangkan simbol satu agama. Penggunaan simbol ‘+’ sebagai tanda campur dalam pengiraan juga perlu kite ambil kira.. begitu juga dengan simbol ‘+’ di setiap hospital dan sebagainye.
Sejarah membuktikan peradapan bangsa manusia itu dimulakan oleh bangsa Islam yang ade cara untuk berkomunikasi dan berinteraksi dalam bahase dan penulisan dalam penggunaan tulisan jawi yang sememangnye tidak ade langsung simbol ‘t’. Bangsa Rome juga mengadaptasi pengguaan huruf2 abjad yang berasal dari tulisan jawi kemudian diolah menjadi tulisan roman sekarang.
Persoalannye sekarang.. kenapa kita tidak menggunakan simbol pengiraan org islam yang memang telah terbukti dari zaman peradapan manusia? kenapa kita tidak menggunakan simbol pengiraan yang lain. Ada seorang sahabat berkata kepada saya “cubalah buang simbol ‘+’ dalam pengiraan harian kalau saya boleh buat” Orang cina masih membuat kira2 dengan bersimbolkan pengiraan mereka dan tidak memerlukan kakulator elektronik yang ade simbol ‘+’ yang ade cume manik2 yang boleh digerakkan tapi mereka masih boleh mengira dengan baik. Begitu juga dengan orang jepun dan masyarakat India. jadi tidak ada isu kite tidak dapat elak dari menggunakan simbol ‘+’ dalam penguraan kerna kite masih ade tulisan jawi dan kaedah pengiraan dalam Islam.
Jjadi isu “apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu” dah lame kite praktikkan. kite membenarkan penggunaan huruf ‘t’ dalam penulisan. Kita membenarkan penggunaan simbol ‘+’ dalam pengiraan. Kita membenarkan pengunaan simbol ‘+’ di hospital, ambulan, kotak kececemasan dan banyak lagi… cube kite fikir simbol ‘+’ yang digunakan dikemah2 pelarian orang islam.. Sunggunh menyedihkan bukan? ketara seolah2 saudara kita yang menjadi perlarian itu berlindung disebalik agama kristian… dan memang seantero dunie tahu bile kenderaan berhuruf ‘+’ dan kemah bertanda ‘+’ tidak boleh diserang kerana simbol ‘+’ dah lame mendapat kekebalan dalam sistem peradapan manusia…
Jadi isu yang dibangkitkan disini perlu di halusi oleh mereka yang arif. Ye benar Yoga diharamkan kerana ada pergerakkan yang digunakan dalam yoga itu menyamai bentuk lentuk tubuh badan tuhan orang hindu dan juga diamalkan dalam kebayakkan tarian ketuhanan mereka. jadi memang jelas ia menyamai pemujaan dan spiritualsesuatu agama. Tapi Poco2 ini kita masih belum jelas lagi dimana asalnye dan untuk tujuan apa. kalo betul tarian poco2 adalah tarian pemujaan orang kristian jd wajiblah kita sama2 tinggalkan. kalo ia sekadar senaman tidak salah rasenye kite praktikkan untuk jutuan kesihatan. saye setuju dengan pendapat seorang dari saudara kite disini yang mengatakan langkah dalam silat juga ada pergerakan tersebut tapi ia disusun bagi mematikan langkah musuh dari setiap sudut. jadi ia lebih kepada senaman dan seni mempertahankan diri yang kebetulan pun ade pergerakan yang mengambil empat sudut tersebut. jadi wajarkah kite menghentam copo2 hanye kerana pergerakkan ia mengambil empat sudut? kurang wajar kalo hanye itu alasannya tetapi adalah WAJAR UNTUK KITA SMUA HENTIKAN SEKIRANYA POCO_POCO ADALAH SATU TARIAN PEMUJAAN BAGI SESUATU AGAMA… sama2lah kite siasat kesahihan tentang hal tersebut. Wallahu’alam