Welcome To My Block. Selamat Datang Ke Blok Saya.
Friday, March 26, 2010
Kebaikan Senamrobik:
Senamrobik bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan malah ianya memberi keseronokan serta kebebasan pergerakan mengikut alunan muzik sehingga mampu dilakukan dalam tempoh yang lama, juga amat baik dijadikan sebagai sebahagian gaya kehidupan seharian.
Senamrobik IPD SPT
Untuk matlumat , pada 30-03-2010 hari Selasa , mulai jam 7.00 pagi sehingga 8.00 pagi , bertempat di IPD SPT ( Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah ) Bandar Perda,Bukit Mertajam.Saya dijemput untuk menjadi Instructor Senamrobik untuk semua pegawai-pegawai polis dan anggota lain-lain pangkat di IPD SPT.
Senamrobik Naza Armstrong Tikam Batu
Untuk matlumat , Naza Armstrong Tikam Batu akan mengadakan satu program di Dewan Millenium Kepala Batas pada Ahad ini iaitu 28-03-2010. Saya di jemput untuk menjadi Instructor sessi senamrobik yang akan dimulakan mulai jam 8.45 am hingga 9.15am ( setengan jam sahaja ).
Dan untuk matlumat , kelas senamrobik di UMNO Bertam masih diadakan seperti biasa iaitu 7.30am hingga 8.30 am , dan selepas itu saya akan sambung kelas di dewan Millenium.
Dan untuk matlumat , kelas senamrobik di UMNO Bertam masih diadakan seperti biasa iaitu 7.30am hingga 8.30 am , dan selepas itu saya akan sambung kelas di dewan Millenium.
Sunday, March 14, 2010
Senamrobik Di Pantai Bersih:
Untuk matlumat , pada 14-03-2010 iaitu Hari Ahad dari jam 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi bertempat di Kawasan Lapang Pantai Bersih , semperna dengan Program UMNO Tasek Gelugor Cawangan Pantai Bersih , saya telah dijemput untuk menjadi Instructor. Dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta PSCC dan juga geng senamrobik Kepala Batas lebih kurang 20 orang yang turut serta.
PASTI SIHAT , CERGAS & CERIA.
PASTI SIHAT , CERGAS & CERIA.
Sunday, March 07, 2010
HOT FM BIG JAM DI PADANG KOTA
Untuk matlumat , pada 06-03-2010 iaitu Hari Sabtu , semperna dengan Hot FM Big Jam di Padang Kota , penaja utama iaitu TM telah menjemput saya untuk menjadi Instructor untuk sessi Senamrobik yang pada asalnya dijangka bermula tepat jam 10 pagi . Akan tetapi oleh kerana sound sistem tidak dapat disiapkan sehingga hampir jam 11 pagi , maka saya telah membawa sound sistem saya sendiri , dan oleh kerana telah kesuntukkan masa untuk sessi senamrobik dimana banyak program lain diadakan , maka saya telah diarahkan oleh pihak penganjur untuk membuat senamrobik selama 15 minit sahaja. Pada mulanya semua staff TM yang bertugas pada masa itu dikehendakai mengambil bahagian dalam sessi senamrobik tersebut , tetapi oleh kerana masa sudah lewat dan kena buat di tengah padang , maka hanya orang-orang PSCC dan beberapa staff TM dan orang awam yang mengambil bahagian sahaja.Walau bagaimana pun sessi senamrobik tersebut berjaya dilakukan dengan memuaskan .Terima kasih saya ucapkan kepada semua kawan-kawan yang membantu saya pada hari itu .
Subscribe to:
Posts (Atom)