Friday, October 09, 2009

Aksi Team Senamrobik PSCC Bertam semasa Aerobaton 2 Jam di Tasek Gelugor sebelum Puasa 2009


Abang Zin-"Hoh"-seronoknya.



Cikgu Latif Dan Abang Rosely
( Kita buat betul-betul tau ).


Abang Zin ( Apa ni lelaki kami
sajakah,hahaha)


( Pusing kanan-pusing kiri )


Ini lagi hebat,ada peserta Team
Senamrobik PSCC Bertam yang
tak ambil bahagian dalam pertandingan
pun turut serta,semangat tu)


Ah Kim,apa lagi kena buat betul-betul
nak menang...hahahah

Ha,ini pula kakak kita,( Aku tak
kira,janji masuk ,kalah menang
belakang kira,,heheheh)

Kecergasan

Kecergasan Dibahagikan kepada dua bahagian:
01-Kecergasan Fizikal.
02-Kecergasan Mental.

Dua bahagian ini disifatkan sebagai isi dan kulit kerana kalau kita hanya mempunyai Mental yang sihat tetapi Fizikal kita tak sihat,maka kita sebenarnya tidak mempunyai kecergasan yang sempurna dan juga sebaliknya.Jadi kita mesti mempunyai mental dan fizikal yang sama-sama sihat barulah boleh dikatakan sebagai seorang yang mempunyai Kecergasan yang baik,sihat dan sempurna.

01-Kecergasan Fizikal:
Kecergasan Fizikal melibatkan seluruh anggota badan kita,ia bermula daripada hujung lambut sehinggalah ke hujung kaki kita.Bagaimana kita nak menjadi seorang yang kecergasan fizikalnya sempurna ?

Untuk matlumat,perkara yang paling senang dan boleh dikatakan hanya perlu mengeluarkan perbelanjaan wang ringgit yang sedikit sahaja iaitu Membuat Senaman,macam-macam senaman boleh dibuat seperti Senamrobik,Yoga,Tarian,Taichi,Silat,main bola sepak,takraw,bola tampar,tennis,dan banyak lagi.Yang penting senaman yang kita lakukan itu boleh keluar peluh.Dan ia lebih berkesan kalau kita buat setiap hari atau 3 kali seminggu dengan masa lebih daripada 30 minit setiap sessi/kali/hari.Dan ia akan lebih teratur,lebih seronok,lebih baik sekiranya ada Instructor yang mengajar kita dan senaman itu dibuat dalam kelompok orang ramai.Dan kalau buat senamrobik ia ditambah dengan musik,maka adalah lebih menarik lagi.

Ramai orang yang bekerja dipejabat terutamanya dibandaraya yang besar dan sibuk tidak mempunyai masa untuk membuat apa saja senaman kerana dalam fikiran mereka macam sudah ada satu fikiran yang mengatakan " Aku tak ada masa untuk senaman atau apa-apa jenis sukan,kerja ofis aku banyak,awal-awal lagi aku kena datang pejabatlah,sampai lewat malam baru dapat balek rumah,Sabtu dan Ahad pula aku kena buat OT,kena bawa keluraga atau teman pergi shopping atau makan dan kena balek kampung pula."

Itu adalah pendapat atau bagi saya satu alasan yang mana ia boleh diatasi,dalam masa 24 jam sehari takkan lah mereka itu tak ada masa untuk bersenam,macam-macam senaman boleh dilakukan walaupun dalam masa yang pendek dan tak ada tempat yang luas.Yang penting orang itu mau atau tak mau saja.Kalaulah Kecergasan Fizikal kita tak ada,badan letih,mata mengantuk,tangan kebas,kaki sakit,lutut sakit,perut buncit,tak ada selera makan,pening kepala,sakit kepala,mood tak baik,tention.Apa akan jadi kepada tugas atau kerja kita,setidak-tidaknya ia akan menggangu tugas kita atau hasil syarikat/kilang kita.

Tambahan pula,cuba bayangkan seseorang itu tidak pentingkan kecergasan fizikalnya,apakah risikonya,banyak,seperti darah tinggi,sakit kepala,tention,kegemukan,perut buncit,seselma,batuk,selalu demam dan banyak lagi.

02-Kecergasan Mental:
Kecergasan Mental pula adalah daripada OTAK kita.Kalau otak tak cergas,fikiran terganggu,selalu sakit kepala,selalu pening kepala,selalu tention pasai kerja pejabat,tention pasai rumah,pasai keluarga,pasai duit.Ini juga satu kes yang berat,jadi kita kena jaga mental kita supaya bia sentiasa cergas,supaya otak kita boleh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Jadi dengan adanya badan yang sihat dan otak yang sempurna,maka barulah kita disifatkan sebagai kita mempunyai Kecergasan baik dan sempurna.

Sekian sampai sini sahaja komen/pendapat saya tentang Kecergasan.