Thursday, April 28, 2011

SENAMROBIK PERDANA ANJURAN KSK BERTAM KB

Untuk matlumat , satu sessi Senamrobik Perdana Anjuran KSK Bertam Kepala Batas akan diadakan di Stadium Bertam Kepala Batas pada 14-05-2011 iaitu hari Sabtu bermula jam 7.30 pagi . Dan saya telah di lantik untuk menjadi Instructor pada hari tersebut , dengan itu saya menjemput semua peserta PSCC daripada Kelas Senamrobik PSCC UMNO Kepala Batas , Kelas Senamrobik PSCC SM Bertam Perdana , Kelas Senamrobik TM Pulau Pinang , Kelas Bollyrobik TM Pulau Pinang , Kelas Senamrobik PSCC IPD SPT ,Kelas Senamrobik PPK Penaga dan juga sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai kelas senamrobik yang akan berlansung selama sejam tersebut. Penyertaan adalah PERCUMA .......

Monday, April 04, 2011

Senamrobik Di Kedai Telekom Sungai Bakap

Semperna dengan sessi Teh Tarik oleh Tuan Pengurus Besar TM Pulau Pinang yang akan turun padang ke TM Point Sungai Bakap pada 05-04-2011 ( Selasa ) jam 9.15 pagi , satu sessi kelas senamrobik yang akan di ketuai oleh saya bersama dengan team Bollyrobik Kelab TM Pulau Pinang yang terdiri daripada lebih kurang 20 anggota akan turun padang .

Saturday, April 02, 2011

Senamrobik Di IPD SPT Pada 02-04-2011

Untuk matlumat , team senamrobik PSCC yang di ketuai oleh saya telah dijemput oleh OCPD SPT iaitu Tuan Azman untuk mengadakan kelas Senamrobik di IPD SPT Perda pada 2hb April 2011 semperna Hari Polis 2011 . Kelas tersebut bermula tepat jam 7.30am dan disertai oleh Tuan Azman dan juga lebih kurang 60 anggota polis berbagai pangkat  dari balai IPD SPT , kelas tersebut juga disertai oleh ahli-ahli Perkep daripada IPD SPT , ia juga disertai oleh beberapa orang kakitangan TM dan lebih kurang 20 peserta PSCC Kepala Batas SPU juga mengambil bahagian . Walaupun pada mulanya hujan sikit sahaja , tetapi senaman masih dijalankan , dan walaupun ada masalah Mic , saya terpaksa menjelit agak kuat supaya semua orang dapat dengar dan nampaknya peserta-peserta dapat mendengar suara saya . Lebih kurang 45 minit berlalu , hujan makin lebat dan saya terpaksa berhentikan kelas tersebut atau persetujan daripada orang ramai . Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan OC dan pihaknya kerana menyediakan kepada kami makanan dan minum . Untuk matlumat ramai anggota-anggota IPD SPT rasa berhibur dalam kelas senamrobik tersebut . Sekali lagi saya inggin mencucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan PSCC,rakan rakan Perkep , para barisan Backup saya iaitu Intan , Wati , Liza dan Lela  yang sudi datang jauh untuk menyertaai senamrobik tersebut . Jumpa anda di kelas senamrobik yang lain....byeeeeeeeeeeeeee